Tuesday, 13 May 2014

Kursus Keibubapaan Bil 1/2014

Alhamdulillah pada hr Ahad yg lalu, 11 Mei 2014, unit MCH dengan kerjasama PDK Bukit Besar, telah menjalankan kursus keibubapaan Bil 1/2014. 

Objektif Kursus:
Umum:  MEMPASTIKAN SEMUA IBU HAMIL MENDAPAT JAGAAN KESIHATAN BERTERUSAN DARI AWAL MENGANDUNG, SEMASA BERSALIN DAN SELEPAS KELAHIRAN BAYI DAN SENTIASA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG MASA.


Khusus:
1.MENINGKATKAN PENGETAHUAN KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI TENTANG PENJAGAN SEMASA MENGANDUNG,DALAM PANTANG DAN PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN.
2.MEMBERIKAN KEYAKINAN KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI UNTUK BERTINDAK SEGERA APABILA TERDAPAT MASALAH KESIHATAN IBU DAN JANIN DALAM KANDUNGAN.
3.MEMBERIKAN PENGALAMAN HIDUP BERDIKARI DAN BERERTI BAGI MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA.
4.MEMBERIKAN PENDEDAHAN KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI ASPEK YANG PERLU DIKETAHUI SEMASA TEMPOH KEHAMILAN,PROSES KELAHIRAN DAN PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

5.MEMBERI KESEDARAN KEPADA IBU BAPA  DAN STAFF KESIHATAN TENTANG RISIKO KEMALANGAN DI RUMAH DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN DIKALANGAN KANAK-KANAK

peserta kusyuk mendengar taklimat

ceramah dari unit pergigian

ceramah dari OT


Demo mandikan bayi

ibu merasa air mandian bayi dengan siku, bg memastikan suhu sesuai

baik nyer baby comel ni

terima kasih pd ibu yg sudi pinjamkan baby beliau. ^^

Diharap ibubapa dan peserta dapat memanfaatkan kursus yg diberi. InshaAllah kursus keibubapaan Bil 2/2014 akan menyusul lepas raya nnti. 








Sunday, 4 May 2014

SAVE LIVES: Clean Your Hands


World Hand Hygiene Day

May 5, 2014 in the World

Esok, 5 Mei 2014 merupakan Hari "HAND HYGIENE" Sedunia....Hari ini diwujudkan bagi mempromosikan dan menggalakkan pesakit serta ahli keluarga bersama2 pekerja kesihatan (doktor, medical assisstant, nurse, attendan) untuk mengamalkan "good hand hygiene".














Saturday, 3 May 2014

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Hari ni nak kongsi tentang perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang berlaku sepanjang 9 bulan kehamilan. Bagaimana bayi ini membesar. Semuanya sangat luar biasa dan indah. ^__^

olo lo lo...comelnyer dia :)



PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN



1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 Bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 Bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 Bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 Bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 Bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 Bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.