Panel Penasihat

Panel Penasihat Klinik Kesihatan atau PPKK adalah merupakan satu 
badan sukarelawan yang ditubuhkan diperingkat klinik kesihatan 
awam bersandarkan salah satu strategi utama yang telah 
diputuskan dalam Deklarasi Health Care di Almata  pada tahun 
1978 iaitu penglibatan rakyat dalam penjagaan kesihatan samada 
secara individu atau kolektif.



PPKK KKBB telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan dipengerusikan 

oleh Encik Radzali, Pengurus Besar Felda Bukit Besar. 
Terdapat 15 ahli PPKK yang terdiri daripada ketua-ketua kampung, 
GPW, dan ahli masyarakat yang lain.


Objektif Umum
 Untuk mewujudkan saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan 
sebagai satu forum interaksi antara anggota masyarakat dan kakitangan 
Jabatan Kesihatan, kearah menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat
 dalam usaha mencapai matlamat “Kesihatan Untuk Semua”.


Objektif Khas
  • Untuk mempercepatkan dan mempermudahkan penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat;
  • Untuk mengambilkira pendapat dan pandangan ahli masyarakat dalam perancangan perlaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat;
  • Untuk mendapatkan maklumbalas yang tepat dari masyarakat berkaitan masalah-masalah dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan;
  • Untuk mengujudkan sikap tanggungjawab bersama antara masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah kesihatan;
  • Untuk mempertingkatkan lagi imej Jabatan Kesihatan pada pandangan masyarakat melalui pendekatan pengurusan yang telus di samping dapat mengurangkan 
  • salah faham antara kedua pihak.

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan adalah besar ertinya dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat 

kearah mencapai taraf sebuah negara maju.  

Sebagai menghargai sumbangan yang diberikan beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti mengadakan majlis perlantikan rasmi di peringkat daerah/negeri, 

pemberian surat dan sijil perlantikan serta kad pengenalan diri, mengadakan 
majlis mengenang jasa di peringkat daerah/negeri bagi menghargai sumbangan mereka yang telah lama berkhidmat secara sukarela, menjemput ahli-ahli panel ini 
ke majlis-majlis yang sesuai yang dikendalikan oleh Kementerian/Jabatan Kesihatan, melibatkan mereka dalam aktiviti pembelajaran samada melalui latihan khas 
atau lawatan sambil belajar untuk mendalami lagi pengetahuan mereka 
mengenai kesihatan khususnya aspek pencegahan penyakit dan kemudahan wad kelas dua dihospital kerajaan.


No comments:

Post a Comment